Selasa, 25 Disember 2007

Ibu dan Anak JemAsia Cross Beranak


Pada 25/12/2007 Ibu dan anak JemAsia beranak. Berita yang amat mengembirakan kerana buat pertama kali ibu dan anak beranak dalam hari yang sama.

Anak JemAsia beranak dahulu (pagi), anak sekor. Pertama kali beranak. Ibu JemAsia beranak sebelah tengahari dapat anak kembar.

Khamis, 20 Disember 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Kami di Rantau Agro Farm ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam dan Selamat menunaikan ibadah Korban.

Ikhlas daripada:
Warga Rantau Agro Farm
Lot 2974 Kg. Sri Lalang
71200 Rantau
Negeri Sembilan.

Selasa, 18 Disember 2007

Rumput Napier Sudah Tumbuh

17/12/2007 9.15 pagi - Napier yang ditanam telah tumbuh. Memandangkan hampir setiap hari hujan turun, maka Napier lebih cepat tumbuh. Moga-moga Napier ini boleh dipotong dalam masa 2-3 minggu lagi.



Dapatlah kambing-kambing makan Napier segar setiap hari.

Jumaat, 7 Disember 2007

NFC sasar keluar 60,000 lembu setahun

PUTRAJAYA 6 Dis. – Syarikat penternakan, National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) menetap sasaran pengeluaran sehingga 60,000 ekor lembu setahun menerusi kemudahan pinjaman berjumlah RM250 juta daripada kerajaan Malaysia yang diperolehinya hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Shahinur Izran Mohamad Saleh berkata, kemudahan pinjaman tersebut adalah bagi tempoh 20 tahun dengan kadar faedah sebanyak dua peratus setahun.

“Dana daripada pinjaman ini akan digunakan untuk melaksanakan projek ternakan fasa pertama yang merangkumi penubuhan operasi ladang ternakan di kawasan seluas 2,000 hektar di Gemas, Negeri Sembilan.

“Ladang ini dijangka akan mula beroperasi pada Februari tahun depan dan hasil pertama daripada ladang itu akan diraih menjelang pertengahan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis memeterai Perjanjian Kemudahan Pinjaman antara syarikat tersebut dengan kerajaan Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir adalah Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Razak Mansor; Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Bahagian Polisi, Kementerian Kewangan, Datuk Ibrahim Mahaludin Puteh dan Setiausaha Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Bahagian Aktuari, Norzirah Bahari.

Mengulas lanjut mengenai prospek perniagaan NFC, Wan Shahinur Izran berkata, syarikat tersebut juga dijangka akan menjalankan model ladang ternakan kontrak dan satelit pada masa akan datang.

Sumber : Utusan Malaysia 7 Disember 2007

Rabu, 5 Disember 2007

Malaysia pengeluar daging boer terbesar

KUALA LANGAT 4 Dis. – Malaysia bakal muncul sebagai pusat pengeluar baka dan daging kambing boer terbesar di rantau ini dan Timur Tengah dalam tempoh 10 tahun lagi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sasaran tersebut berdasarkan keputusan kementerian untuk membangunkan kawasan penternakan kambing boer seluas 1,480 hektar di Pondok Tanjung, Taiping, Perak.

Beliau berkata, setakat ini 800 hektar tanah sudah dibersihkan dan 200 hektar daripadanya akan digunakan sebagai ladang nukleus pembiakbakaan kambing boer.

Menurut beliau, tanah bersebelahan ladang nukleus itu akan digunakan untuk pembinaan infrastruktur dan sebahagiannya akan dipecahkan kepada 50 lot (20 hektar satu lot) supaya penternak berpengalaman yang berminat boleh mengambil bahagian dengan pelbagai bantuan daripada kerajaan.

“Sasaran kita apabila ladang itu dibangunkan sepenuhnya, kita boleh menghasilkan 100,000 ekor kambing boer pada satu-satu masa.

“Tapi itu pun tak mencukupi kerana jika mengikut bilangan penduduk, kita memerlukan antara 5 juta hingga 10 juta ekor pada satu-satu masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Lawatan Kerja ke Daerah Kuala Langat di sini hari ini. Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh.

Setakat ini kata Muhyiddin, pihaknya telah membawa masuk 100 ekor baka kambing boer dari Afrika Selatan yang kini diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Bahan : Utusan Malaysia 5 Disember 2007.

Selasa, 4 Disember 2007

Jualan Selangor Ria 2007

SHAH ALAM, Khamis 29 Nov – Semua 500 gerai Jualan Selangor Ria 2007 yang akan bermula 8 Disember ini di tapak letak kereta Stadium Shah Alam, di sini sudah habis ditempah.
Malah, sekreteriat penganjuran kerajaan negeri menerima 510 permohonan daripada pelbagai pihak untuk turut serta memeriahkan acara tahunan selepas kejayaan pada tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Asli dan Pembangunan Usahawan, Datuk Raja Ideris Raja Ahmad berkata, pada tahun lalu, hanya 300 gerai disediakan.

Maklumat:
Tarikh : 8 - 16 Disember 2007
Masa : 10pagi - 10malam
Tempat : Tempat Letak Kereta, Stadium Shah Alam

Selasa, 27 November 2007

Projek Tanam Napier - Kemaskini



Pada 25/11/2007 yang lalu kami telah menyewa JCB untuk kali ke-2 untuk membersihkan kawasan tapak tanaman Napier. Hari ini lebih tertumpu kepada kerja-kerja membersihkan saki baki tunggul kayu, membuat longkang dan membajak tanah.

JCB ini disewa dengan harga RM300 sehari iaitu dari jam 8pagi hingga 5 petang. Ia dapat menjimatkan kos dan masa jika dibandingkan dengan menggunakan tulang empat kerat sahaja.

Pada masa yang sama, tiang dan pagar juga dibina supaya tanaman Napier tidak di makan oleh lembu atau kambing yang berkeliaran.

Tempat Makan


Tempat makan kambing biasanya dibuat menggunakan papan atau plastik (PVC). Cara yang mudah untuk membuat tempat makan kambing adalah dengan menggunakan bahan-bahan ini. Ia biasanya di buat di luar petak-petak kambing supaya memudahkan kita untuk memberi atau meletakan makanan.



Plastik (PVC) salur air hujan atau 'palung' lebih meluas digunakan kerana ia mudah untuk dibina dan mudah untuk bersihkan kotoran pada tempat makanan tersebut. Akan tetapi ia senang pecah jika tidak digunakan dengan berhati-hati. Untuk mengelakkan ia senang pecah, lapikkan PVC tersebut dengan kayu 1 x 2 inci.



Gambar - Pandang Tepi/Sisi



Gambar - Pandangan Atas



Gambar - Pandangan Hadapan

Ahad, 25 November 2007

Siri Kambing Beranak


Pada minggu ini 3 ekor kambing telah beranak.





21/11/2007 (Rabu) - Katjang anak kembar 2,
23/11/2007 (Jumaat) - Saneen Cross anak seekor,
25/11/2007 (Ahad) - Bebiri anak seekor.



Ibu Saneen Cross mempunyai susu yang cukup banyak. Kami dapat perah susu sebanyak 4 botol air mineral kecil sehari.

Sabtu, 24 November 2007

Paip Minuman Kambing


Kami menggunakan Paip Minuman Kambing (Nipple Waterer) untuk memudahkan kambing mendapat bekalan air bersih berpanjangan. Cara ini lebih mudah kerana ia menjimatkan masa untuk menukar air minuman jika kita menggunakan besin atau bekas minuman biasa.



Paip minuman yang kami gunakan adalah dari Taiwan yang dibeli daripada seorang rakan penternak. Ia sungguh mudah untuk dipasang. Kita perlukan paip PVC atau dan gam untuk membuat paip yang disambung pada tangki air.



Tangki air digunakan untuk mengelakan tekanan air yang terlalu kuat jika disambungkan terus ke paip utama.

Khamis, 22 November 2007

Kursus Ternakan Kambing

Pada 9-13 November 2007 yang lalu telah di adakan Kursus Penternakan Kambing anjuran Bank Pertanian Malaysia di ABADI, Bangi.


Sabtu, 3 November 2007

Goat Pellet Naik Lagi



Minggu lepas 3/11 seperti biasa saya ke ladang di Rantau, Negeri Sembilan. Saya diberitahu harga Goat Pellet naik lagi, kali ini naik RM1.50 kepada RM40.50. Dengan kenaikkan harga Pellet ini membuatkan kami berasa ingin mencari alternatif lain sepert Felda Goat Pellet yang harganya jauh lebih murah.



Akan tetapi kami juga ingin mengetahui keberkesanan pellet ini agar ternakan boleh membesar dengan baik.

Kami sangat mengalu-alukan cadangan dan pendapat anda.

Isnin, 29 Oktober 2007

Projek Tanam Napier


Projek untuk menanam Napier sedang berjalan dengan menebang pokok-pokok besar menggunakan jentera pemotong.


Pokok-pokok yang telah ditebang akan dipotong-potong untuk memudahkan ia dilonggokkan dan di bakar.


Inilah jentera pemotong yang digunakan untuk menebang pokok-pokok besar.

Kambing Beranak Lagi


Pada 28/10/2007 seekor kambing Jamnapari beranak lagi. Anak bewarna hitam dan jantina adalah jantan. Ini adalah anak pertama dari ibu kambing tersebut.

Sabtu, 27 Oktober 2007

Sambutan Hari Raya di Ijok

Pada 27/10/2008 telah di adakan majlis Sambutan Hari Raya di Bukit Badong, Ijok. Ramai yang telah datang untuk memeriahkan majlis tersebut. Antara menu utama adalah Kambing BBQ, Nasi Beriyani dan Lotong.





Kanak-kanak turut bergembira kerana dapat melihat dengan lebih dekat kambing-kambing yang ada serta dapat mengenali kandang, makanan dan aksi-aksi kambing.



Lihatkan betapa sedapnya makan daging kambing.



Inilah saja yang tinggal.



Antara Ahli Jawatan Kuasa yang terlibat.



"Tak payah kira... kasi semua pun takpa..."

Selasa, 23 Oktober 2007

Melawat Kandang di Siliau, Negeri Sembilan

Pada 21/10/2007 (Ahad) yang lalu saya telah melawat kandang di Siliau, Negeri Sembilan. Dapat berjumpa dengan empunya projek, Encik Iskandar dan Encik Ayus. Menurut Encik Ayus, jumlah kambing melebihi 100 ekor.

Antara perkara yang dapat dibincangkan ialah bagaimana untuk menjimatkan kos pembelian Pallet (PKC) dan Goat Pallet. Kami ada terfikir untuk membeli Pallet di Serting memandangkan harganya yang lebih rendah berbanding dengan Pallet yang lain.

Tahniah dan Selamat Maju Jaya daripada Rantau Agro Farm.

Khamis, 18 Oktober 2007

Harga Pallet Naik Lagi

Harga Pallet naik lagi setelah harga tersebut naik dalam beberapa bulan yang lalu. Pada ketika ini harga Pallet kambing beharga RM39 untuk 50Kg dan Pallet Lembu (PKC) beharga RM34 untuk 50Kg. Harga Pallet yang sentiasa naik membuatkan kami berasa bimbang dan untuk mengurangkan kebergantungan kepada Pallet ini kami terpaksa mencari alternatif lain.

Tanah dusun seluas 1/2 ekar terpaksa dikorbankan demi untuk dijadikan 'Dusun Rumput'. Lantas pada 17/10/2007 saya dan adik-beradik yang lain bersama-sama menebang pokok-pokok buah-buahan di dusun untuk ditanam rumput. Rasa dihati amat sayang untuk menebang pokok-pokok buah-buahan yang menjadi tarikan saban tahun. Akan tetapi disebabkan oleh keperluan untuk makanan ternakan lebih utama buat masa ini, kami tiada pilihan lain.

Pokok kelapa, langsat, duku, durian, cempedak, nangka, manggis tumbang satu-persatu. Kami tidak memerlukan masa yang lama untuk menumbangkan pokok-pokok tersebut dengan menggunakan Jentera pemotong pokok milik abang.

Sabtu, 13 Oktober 2007

Anak Kambing 1 Syawal 1428H










Pagi 1 Syawal 1428H (13/10/2007), kami di kurniakan seekor anak kambing yang comel. Anak kambing ini adalah dari ibu yang pertama kami beranak.

Rabu, 10 Oktober 2007

Toggenburg




The Toggenburg is a Swiss dairy goat from Toggenburg Valley of Switzerland at Obertoggenburg. They are also credited as being the oldest known dairy goat breed.

This breed is medium size, sturdy, vigorous, and alert in appearance. Slightly smaller than the other Alpine breeds, the does weight at least 120lb/55kg.

The hair is short or medium in length, soft, fine, and lying flat. Its color is solid varying from light fawn to dark chocolate with no preference for any shade. Distinct white markings are as follows: white ears with dark spot in middle; two white stripes down the face from above each eye to the muzzle; hind legs white from hocks to hooves; forelegs white from knees downward with a dark lien (band) below knee acceptable; a white triangle on either side of the tail; white spot may be present at root of wattles or in that area if no wattles are present. Varying degrees of cream markings instead of pure white acceptable, but not desirable. The ears are erect and carried forward. Facial lines may be dished or straight, never roman.

Toggenburgs perform best in cooler conditions. They are noted for their excellent udder development and high milk production, and have an average fat test of 3.7 percent.

Ahad, 16 September 2007

Baka Boer-Saneen


Pada 16/9/2007, kami telah membeli seekor kambing kacukan Boer-Saneen untuk dijadikan sebagai Pejantan. Harga yang berpatutan di tawarkan oleh Abang Atan membuatkan kami tidak berfikir lama untuk memiliki Pejantan ini. Walaupun usianya baru 12 bulan, kami berharap ia akan dapat menjadi 'Bapa' pada suatu hari nanti.

Sabtu, 25 Ogos 2007

Kerjasama Boer Malaysia-Australia




Pada 25 Ogos yang lalu kami telah melawat ke Ladang di Ijok untuk mendapatkan serba sedikit maklumat mengenai Kambing Boer yang di sampaikan oleh 2 orang pakar Boer Australia

Ahad, 19 Ogos 2007

Lawatan Sambil Belajar

Sebaik sahaja tamat Kursus Penternakan Kambing di Ladang Cikgu Halim, kami ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai penternakan kambing. Cara yang terbaik adalah dengan melakukan lawatan sambil belajar ke kandang-kandang penternak sedia ada.

Saya telah melawat ke beberapa kandang di sekitar Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan. Antaranya adalah:
Casserose
Gemilang Agro
Mizi, Ijok
Jalan Kebun
Sepri Agro Farm
AsSakinah
dan banyak lagi.

Setiap tempat mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Pengalaman ini amat bermakna bagi saya kerana ia dapat membantu kita serba sedikit mengenali tentang penternakan kambing secara komersial. Aspek yang perlu dititikberatkan seperti pelan pembinaan kandang, jenis makanan, ubat-ubatan, pengurusan najis dan sebagainya.

Di kandang kita akan dapat melihat dari dekat cara-cara pengurusan ternakan sercara terus. Disamping itu kita juga dapat bertukar-tukar pendapat.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian rakan-rakan penternak menerima kami sebagai tetamu ketika melawat ke kandang.

Ahad, 29 Julai 2007

Beli Kambing Lagi

Pada 29/7/2007 saya dan abang sekali lagi telah membeli kambing untuk koleksi kami. Kali ini jumlahnya agak besar, 23 ekor semuanya. Kambing ini dibeli dari Abang Atan yang terdiri daripada Toggenburg, Jemasia, Aglo Nubian, Jamnapari.

Ahad, 15 Julai 2007

Pembinaan Kandang





Pada pertengahan Julai 2007, kami memulakan pembinaan Kandang kami pertama yang mengikut spesifikasi yang disyorkan ketika kursus di Melaka tempoh hari. Memandangkan budget kami yang terhad, kami bercadang membina kandang seluar 20 x 40 kaki persegi. Kami amat bernasib baik kerana kandang tersebut di buat oleh abang, jadi kami dapat jimpatkan kos pembinaan. Hanya kos barang-barang sahaja yang perlu di keluarkan.

Kandang ini adalah kandang ke-2 dibina oleh abang. Kandang pertama di huni oleh Biri-biri yang ketika ini ada 5 ekor semuanya. Kandang ini agak kecik dan tidak mengikut spesifikasi. Ia hanya di bina dalam tempoh masa sehari sahaja dan bersaiz 8 X 18 kaki persegi.

Kandang baru ini kelak akan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti lampu, paip air minuman (nipple), petak-petak dan lantai setinggi 6 kaki dari tanah. Lantai yang tinggi akan memudahkan kami untuk membersihkan tahi kambing dan untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Rabu, 23 Mei 2007

Mula Beli Kambing

Pada tanggal 23/5/2007 (Rabu) saya bersama abang dan rakan abang telah pergi ke ladang cikgu Halim untuk membeli kambing. Selepas selesai pemilihan, kami bersetuju membeli 4 ekor kambing iaitu seekor anak Jamnapari (bakal dijadikan bapak) dan 3 ekor ibu kambing Katjang (Kampung). Perjalanan pulang ke ladang kami berjalan dengan lancar. Sampai sahaja di ladang, abang terus sahaja memotong rumput Napier untuk diberikan kepada kambing-kambing tersebut. Perjalnan yang agak jauh membuatkan kambing-kambing ini berada dalam kelaparan. Setiap helai rumput dimakan dengan berhati-hati.

Hari ini bermulalah perniagaan baru kami secara rasminya. Saya akan pulang ke Kampung setiap hujung minggu untuk melihat dan membantu abang menguruskan kambing-kambing. Cita-cita kami besar, untuk menjadikan penternakan kami ini suatu perniagaan. Walaupun ia memakan masa yang terlalu lama untuk direalisasikan namun saya menarik harapan tinggi ia akan berjaya.

Jumaat, 18 Mei 2007

Selamat Datang

Selamat datang ke Laman Blog Rantau Agro Farm. Rantau Agro Farm terletak di Lot 2974, Kg. Sri Lalang, 71200 Rantau, Negeri Sembilan.

Ahad, 6 Mei 2007

Kursus Penternakan Kambing

Pada 5 & 6 Mei 2007, saya telah mengikuti Kursus penternakan kambing di Alor Gajah, Melaka. Agak pelik bunyinya, bagi seorang yang berlatarbelakang dalam bidang Teknologi Maklumat menyertai Kursus Penternakan Kambing. Kursus selama 2 hari (Sabtu & Ahad) ini digunakan sebaik mungkin untuk mempelajari selok-belok penternakan kambing. Pelajaran teori di buat di Melekek dan amali di Ladang Cikgu Halim.

Cikgu Halim adalah salah seorang penternak yang berjaya di Alor Gajah dan mungkin juga di Melaka. Beliau mempunyai lebih kurang 500 ekor kambing. Melihatkan seorang pendidik boleh berjaya di dalam penternakan membuatkan semangat saya untuk terlibat di dalam bidang ini berkobar-kobar.

Isnin, 1 Januari 2007

E-Book Fertigasi

Dapatkan e-Book Fertigasi (Penanaman Cili Padi)



Hubungi : saffaha2u@hotmail.com / 019-251 8630 (Saff)

Rumput Napier






Rumput Napier dipilih untuk dijadikan makan ternakan kami disebabkan oleh Napier mudah ditanam, senang disabit, disukai ternakan. Cara menanam Napier cukup mudah, gali lubang sedalam 5 inci secara memanjang dan 'tidur' kan batang-batang Napier ke dalam lubang tersebut. Tak perlu di potong-potong kerana setiap mata tunas Napier boleh menjadi rumpun-rumpun dengan banyak.

Napier tidak perlu penjagaan yang rapi, cuma perlukan sedikit baja dan air untuk hidup. Jika pokok Napier telah hidup, ia boleh dipotong selepas 4-5 minggu dengan memotong pangkal batang Napier dengan sabit. Pokok Napier yang akan tumbuh secara semulajadi. Pokok Napier yang terlalu muda akan menyebabkan kambing mungkin berak cair... berhati-hati.

Napier Taiwan menjadi pilihan ramai penternak kerana ia tidak 'miang' seperti Napier yang lain.