Rabu, 23 Mei 2007

Mula Beli Kambing

Pada tanggal 23/5/2007 (Rabu) saya bersama abang dan rakan abang telah pergi ke ladang cikgu Halim untuk membeli kambing. Selepas selesai pemilihan, kami bersetuju membeli 4 ekor kambing iaitu seekor anak Jamnapari (bakal dijadikan bapak) dan 3 ekor ibu kambing Katjang (Kampung). Perjalanan pulang ke ladang kami berjalan dengan lancar. Sampai sahaja di ladang, abang terus sahaja memotong rumput Napier untuk diberikan kepada kambing-kambing tersebut. Perjalnan yang agak jauh membuatkan kambing-kambing ini berada dalam kelaparan. Setiap helai rumput dimakan dengan berhati-hati.

Hari ini bermulalah perniagaan baru kami secara rasminya. Saya akan pulang ke Kampung setiap hujung minggu untuk melihat dan membantu abang menguruskan kambing-kambing. Cita-cita kami besar, untuk menjadikan penternakan kami ini suatu perniagaan. Walaupun ia memakan masa yang terlalu lama untuk direalisasikan namun saya menarik harapan tinggi ia akan berjaya.

Jumaat, 18 Mei 2007

Selamat Datang

Selamat datang ke Laman Blog Rantau Agro Farm. Rantau Agro Farm terletak di Lot 2974, Kg. Sri Lalang, 71200 Rantau, Negeri Sembilan.

Ahad, 6 Mei 2007

Kursus Penternakan Kambing

Pada 5 & 6 Mei 2007, saya telah mengikuti Kursus penternakan kambing di Alor Gajah, Melaka. Agak pelik bunyinya, bagi seorang yang berlatarbelakang dalam bidang Teknologi Maklumat menyertai Kursus Penternakan Kambing. Kursus selama 2 hari (Sabtu & Ahad) ini digunakan sebaik mungkin untuk mempelajari selok-belok penternakan kambing. Pelajaran teori di buat di Melekek dan amali di Ladang Cikgu Halim.

Cikgu Halim adalah salah seorang penternak yang berjaya di Alor Gajah dan mungkin juga di Melaka. Beliau mempunyai lebih kurang 500 ekor kambing. Melihatkan seorang pendidik boleh berjaya di dalam penternakan membuatkan semangat saya untuk terlibat di dalam bidang ini berkobar-kobar.