Pada tanggal 23/5/2007 (Rabu) saya bersama abang dan rakan abang telah pergi ke ladang cikgu Halim untuk membeli kambing. Selepas selesai pemilihan, kami bersetuju membeli 4 ekor kambing iaitu seekor anak Jamnapari (bakal dijadikan bapak) dan 3 ekor ibu kambing Katjang (Kampung). Perjalanan pulang ke ladang kami berjalan dengan lancar. Sampai sahaja di ladang, abang terus sahaja memotong rumput Napier untuk diberikan kepada kambing-kambing tersebut. Perjalnan yang agak jauh membuatkan kambing-kambing ini berada dalam kelaparan. Setiap helai rumput dimakan dengan berhati-hati.
Hari ini bermulalah perniagaan baru kami secara rasminya. Saya akan pulang ke Kampung setiap hujung minggu untuk melihat dan membantu abang menguruskan kambing-kambing. Cita-cita kami besar, untuk menjadikan penternakan kami ini suatu perniagaan. Walaupun ia memakan masa yang terlalu lama untuk direalisasikan namun saya menarik harapan tinggi ia akan berjaya.
Rabu, 23 Mei 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan