Selasa, 27 November 2007

Projek Tanam Napier - Kemaskini



Pada 25/11/2007 yang lalu kami telah menyewa JCB untuk kali ke-2 untuk membersihkan kawasan tapak tanaman Napier. Hari ini lebih tertumpu kepada kerja-kerja membersihkan saki baki tunggul kayu, membuat longkang dan membajak tanah.

JCB ini disewa dengan harga RM300 sehari iaitu dari jam 8pagi hingga 5 petang. Ia dapat menjimatkan kos dan masa jika dibandingkan dengan menggunakan tulang empat kerat sahaja.

Pada masa yang sama, tiang dan pagar juga dibina supaya tanaman Napier tidak di makan oleh lembu atau kambing yang berkeliaran.

Tempat Makan


Tempat makan kambing biasanya dibuat menggunakan papan atau plastik (PVC). Cara yang mudah untuk membuat tempat makan kambing adalah dengan menggunakan bahan-bahan ini. Ia biasanya di buat di luar petak-petak kambing supaya memudahkan kita untuk memberi atau meletakan makanan.



Plastik (PVC) salur air hujan atau 'palung' lebih meluas digunakan kerana ia mudah untuk dibina dan mudah untuk bersihkan kotoran pada tempat makanan tersebut. Akan tetapi ia senang pecah jika tidak digunakan dengan berhati-hati. Untuk mengelakkan ia senang pecah, lapikkan PVC tersebut dengan kayu 1 x 2 inci.



Gambar - Pandang Tepi/Sisi



Gambar - Pandangan Atas



Gambar - Pandangan Hadapan

Ahad, 25 November 2007

Siri Kambing Beranak


Pada minggu ini 3 ekor kambing telah beranak.





21/11/2007 (Rabu) - Katjang anak kembar 2,
23/11/2007 (Jumaat) - Saneen Cross anak seekor,
25/11/2007 (Ahad) - Bebiri anak seekor.



Ibu Saneen Cross mempunyai susu yang cukup banyak. Kami dapat perah susu sebanyak 4 botol air mineral kecil sehari.

Sabtu, 24 November 2007

Paip Minuman Kambing


Kami menggunakan Paip Minuman Kambing (Nipple Waterer) untuk memudahkan kambing mendapat bekalan air bersih berpanjangan. Cara ini lebih mudah kerana ia menjimatkan masa untuk menukar air minuman jika kita menggunakan besin atau bekas minuman biasa.



Paip minuman yang kami gunakan adalah dari Taiwan yang dibeli daripada seorang rakan penternak. Ia sungguh mudah untuk dipasang. Kita perlukan paip PVC atau dan gam untuk membuat paip yang disambung pada tangki air.



Tangki air digunakan untuk mengelakan tekanan air yang terlalu kuat jika disambungkan terus ke paip utama.

Khamis, 22 November 2007

Kursus Ternakan Kambing

Pada 9-13 November 2007 yang lalu telah di adakan Kursus Penternakan Kambing anjuran Bank Pertanian Malaysia di ABADI, Bangi.


Sabtu, 3 November 2007

Goat Pellet Naik Lagi



Minggu lepas 3/11 seperti biasa saya ke ladang di Rantau, Negeri Sembilan. Saya diberitahu harga Goat Pellet naik lagi, kali ini naik RM1.50 kepada RM40.50. Dengan kenaikkan harga Pellet ini membuatkan kami berasa ingin mencari alternatif lain sepert Felda Goat Pellet yang harganya jauh lebih murah.



Akan tetapi kami juga ingin mengetahui keberkesanan pellet ini agar ternakan boleh membesar dengan baik.

Kami sangat mengalu-alukan cadangan dan pendapat anda.