Selasa, 25 Disember 2007

Ibu dan Anak JemAsia Cross Beranak


Pada 25/12/2007 Ibu dan anak JemAsia beranak. Berita yang amat mengembirakan kerana buat pertama kali ibu dan anak beranak dalam hari yang sama.

Anak JemAsia beranak dahulu (pagi), anak sekor. Pertama kali beranak. Ibu JemAsia beranak sebelah tengahari dapat anak kembar.

Khamis, 20 Disember 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Kami di Rantau Agro Farm ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam dan Selamat menunaikan ibadah Korban.

Ikhlas daripada:
Warga Rantau Agro Farm
Lot 2974 Kg. Sri Lalang
71200 Rantau
Negeri Sembilan.

Selasa, 18 Disember 2007

Rumput Napier Sudah Tumbuh

17/12/2007 9.15 pagi - Napier yang ditanam telah tumbuh. Memandangkan hampir setiap hari hujan turun, maka Napier lebih cepat tumbuh. Moga-moga Napier ini boleh dipotong dalam masa 2-3 minggu lagi.



Dapatlah kambing-kambing makan Napier segar setiap hari.

Jumaat, 7 Disember 2007

NFC sasar keluar 60,000 lembu setahun

PUTRAJAYA 6 Dis. – Syarikat penternakan, National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) menetap sasaran pengeluaran sehingga 60,000 ekor lembu setahun menerusi kemudahan pinjaman berjumlah RM250 juta daripada kerajaan Malaysia yang diperolehinya hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Shahinur Izran Mohamad Saleh berkata, kemudahan pinjaman tersebut adalah bagi tempoh 20 tahun dengan kadar faedah sebanyak dua peratus setahun.

“Dana daripada pinjaman ini akan digunakan untuk melaksanakan projek ternakan fasa pertama yang merangkumi penubuhan operasi ladang ternakan di kawasan seluas 2,000 hektar di Gemas, Negeri Sembilan.

“Ladang ini dijangka akan mula beroperasi pada Februari tahun depan dan hasil pertama daripada ladang itu akan diraih menjelang pertengahan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis memeterai Perjanjian Kemudahan Pinjaman antara syarikat tersebut dengan kerajaan Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir adalah Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Razak Mansor; Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Bahagian Polisi, Kementerian Kewangan, Datuk Ibrahim Mahaludin Puteh dan Setiausaha Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Bahagian Aktuari, Norzirah Bahari.

Mengulas lanjut mengenai prospek perniagaan NFC, Wan Shahinur Izran berkata, syarikat tersebut juga dijangka akan menjalankan model ladang ternakan kontrak dan satelit pada masa akan datang.

Sumber : Utusan Malaysia 7 Disember 2007

Rabu, 5 Disember 2007

Malaysia pengeluar daging boer terbesar

KUALA LANGAT 4 Dis. – Malaysia bakal muncul sebagai pusat pengeluar baka dan daging kambing boer terbesar di rantau ini dan Timur Tengah dalam tempoh 10 tahun lagi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sasaran tersebut berdasarkan keputusan kementerian untuk membangunkan kawasan penternakan kambing boer seluas 1,480 hektar di Pondok Tanjung, Taiping, Perak.

Beliau berkata, setakat ini 800 hektar tanah sudah dibersihkan dan 200 hektar daripadanya akan digunakan sebagai ladang nukleus pembiakbakaan kambing boer.

Menurut beliau, tanah bersebelahan ladang nukleus itu akan digunakan untuk pembinaan infrastruktur dan sebahagiannya akan dipecahkan kepada 50 lot (20 hektar satu lot) supaya penternak berpengalaman yang berminat boleh mengambil bahagian dengan pelbagai bantuan daripada kerajaan.

“Sasaran kita apabila ladang itu dibangunkan sepenuhnya, kita boleh menghasilkan 100,000 ekor kambing boer pada satu-satu masa.

“Tapi itu pun tak mencukupi kerana jika mengikut bilangan penduduk, kita memerlukan antara 5 juta hingga 10 juta ekor pada satu-satu masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Lawatan Kerja ke Daerah Kuala Langat di sini hari ini. Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh.

Setakat ini kata Muhyiddin, pihaknya telah membawa masuk 100 ekor baka kambing boer dari Afrika Selatan yang kini diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Bahan : Utusan Malaysia 5 Disember 2007.

Selasa, 4 Disember 2007

Jualan Selangor Ria 2007

SHAH ALAM, Khamis 29 Nov – Semua 500 gerai Jualan Selangor Ria 2007 yang akan bermula 8 Disember ini di tapak letak kereta Stadium Shah Alam, di sini sudah habis ditempah.
Malah, sekreteriat penganjuran kerajaan negeri menerima 510 permohonan daripada pelbagai pihak untuk turut serta memeriahkan acara tahunan selepas kejayaan pada tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Asli dan Pembangunan Usahawan, Datuk Raja Ideris Raja Ahmad berkata, pada tahun lalu, hanya 300 gerai disediakan.

Maklumat:
Tarikh : 8 - 16 Disember 2007
Masa : 10pagi - 10malam
Tempat : Tempat Letak Kereta, Stadium Shah Alam