Isnin, 13 Oktober 2008

LEMBU Korban - Stok sedia ada

Kami mempunyai stok LEMBU Jantan untuk tujuan korban. Untuk keterangan lanjut, hubungi En. Nasir: 019-335 9000. Stok adalah terhad dan Siapa cepat dia dapat.

Sabtu, 27 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429H

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin

Isnin, 1 September 2008

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Selamat berpuasa di Bulan Ramadhan 1429H. Semoga tabah menghadari bulan yang mulia ini.

Ahad, 31 Ogos 2008

Selamat Hari Merdeka ke 51

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51 kepada semua. Semoga negara kita akan terus aman dan makmur.

Selasa, 20 Mei 2008

Aktiviti Terbaru

Salam, dah lama jugak Rantau Agro Farm (RAF) menyepi. Bukan apa cuma sibuk sedikit dengan kerja harian.

RAF bercita-cita untuk menambahkan lagi aktiviti sedia ada iaitu penternakan kambing. Buat masa ini kami telah mula dengan penternakan lembu.

Terbaru, kami baru saya membina kandang ayam kampung. Ayam kampung mendapat sambutan amat baik ketika ini kerana kandungan lemak yang kurang. Kami bercita-cita untuk mengeluarkan daging ayam kampung dan telur ayam kampung dalam masa terdekit ini.

Aktiviti sampingan ini diharap dapat memberikan pendapatan sampingan kepada RAF.

Isnin, 21 April 2008

Aktiviti Sampingan

Dalam diam-dalam Rantau Agro Farm telah sempat menyiapkan rumah 24 x 42 kaki. Kali ini bukan kandang kambing, tetapi rumah berdekatan dengan kawasan Rantau Agro Farm.

Rumah ini dapat disiapkan lebih awal dari yang dirancang berkat kerjasama antara pekerja-pekerja yang cukup berdedikasi. Tuan rumah juga berpuas hati dengan mutu kerja serta diberikan kerja tambahan iaitu membuat bangsal dan syiling dapur.

Ahad, 20 April 2008

Kambing Beranak Lagi

Kambing kami beranak lagi, alhamdulillah. Seekor beranak pada 17 April dan seekor lagi 20 April. Semua anak sekor-sekor.

Gambar Anak Kambing 1 - Pakai Nokia E90


Gambar Anak Kambing 2 - Pakai Nokia E90

Isnin, 17 Mac 2008

Rantau Agro Farm 10 Bulan

Pejam celik pejam celik tup tup dah 10 bulan Rantau Agro Farm beroperasi. Kami bersyukur kerana telah di bukakan pintu hati untuk berkecimpung dalam bidang ini. Bidang pertanian banyak memberikan gambaran menarik tentang haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Kalau dulu tidak terlintas di fikiran untuk kita menyebut "Cantiknya kambing tu..., cantiknya rumput ini..." Namun bidang pertanian merubah semua ini.

Semoga kita akan terus dapat bertahan dan berjaya dalam bidang ini.

Jumaat, 8 Februari 2008

Lawatan ke Kandang Hj. Buhair Masiyon

Cuti Tahun Baru Cina (7/2/2008) telah saya gunakan untuk melawat kandang Hj. Buhair di Port Dickson. Keseluruhan kawasan adalah 5 ekar yang mempunyai kadang, kolam ikan, kawasan tanaman rumput dan rumah pekerja.

Kadang yang dibina di atas tanah (pasir) yang teratur termasuk sistem perparitan supaya air tidak bertakung di atas lantai. Menurut Hj. Buhair, kadang disapu 2 kali sehari. Buat masa ini beliau menternak kambing Boer.

Selamat maju jaya.

Isnin, 28 Januari 2008

Lawatan ke Kandang Kambing

Pada 27/1/2008 saya telah melawat 3 kandang kambing di sekitar Negeri Sembilan. Terima kasih diucapkan kepada Abg. Muhidin yang sudi untuk menunjukan kandang-kandang tersebut. Abg Muhidin memang peramah orangnya dan tidak kedekut ilmu. Banyak perkara/tips-tips telah diberikan.

Memandangkan beliau adalah orang 'Finance', maka aspek kawalan kos menjadi perkara penting. 2 Kandang yang dilawati mempunyai kambing jenis Jamnapari manakala satu lagi kandang mempunyai Kambing Ferral dan Boer Cross.

Selasa, 22 Januari 2008

Pembesaran Kandang



Kami baru sahaja selesai membuat pembesaran kandang, dari 20 x 40 ke 20 x 60. Kerja-kerja pembembesaran kandang dilakukan sendiri oleh Pengurus Ladang iaitu Encik Najib. Terima kasih diucapkan kepada beliau yang mengambil masa agak pantas untuk menyiapkan pembesaran kadang tersebut.

Kami bercadang untuk membuat pembesaran sekali lagi untuk menjadikan saiz kandang 30 x 60 dalam masa terdekat. Semoga cita-cita ini akan tercapai.

Isnin, 21 Januari 2008

Projek Tanaman Napier




Alhamdulillah kami bersyukur kerana Projek Tanaman Napier telah menampakan hasil. Buat masa ini rumput Napier yang ditanam telah hidup dengan subur dan sedia untuk di potong dalam masa terdekat. Namun, kami bercadang untuk memotong rumput tersebut 2-3 minggu akan datang memandangkan rumput Napier di kawasan kandang masih banyak lagi.

Hujan yang selalu turun turut mempercepatkan tumbesaran rumput Napier. Kambing-kambing dapat makan Napier segar yang ditanam sendiri serta memudahkan kami untuk mendapatkan bekalan makanan yang hampir dengan kandang.

Selamat Datang kepada Encik Mohd Adenan

Pihak Rantau Agro Farm ingin mengucapkan syabas dah selamat datang kepada Encik Mohd Adenan kerana sudi menyertai Rantau Agro Farm.

Encik Mohd Adenan akan bersama-sama dengan pengurus ladang, menguruskan Rantau Agro Farm. Diharap dengan adanya beliau akan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan di Rantau Agro Farm.

Isnin, 14 Januari 2008

Usahawan Ternak Projek Pembiakan Kambing Boer Nasional

Permohonan adalah dipelawa di kalangan warganegara Malaysia yang sihat tubuh badan serta memiliki pengalaman dalam penternakan kambing sekurang-kurangnya dua (2) tahun. Pemohon juga mestilah berumur kurang dari 58 tahum pada 1hb Januari 2008.

Sila hantar permohonan menggunakan borang MOA/NBBC/01 kepada -

Urusetia Projek NBBC
Bahagian Pembangunan Sumber Teknologi Ternakan
Jabatan Perkhidmatan Haiwan
Wisma Tani, Blok Podium
Lot 4G1, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62630 Putrajaya

Nota : Kalau tak silap tarikh tutup 15 Feb 2008

Selasa, 1 Januari 2008

Selamat Tahun Baru 2008

Selamat Tahun Baru 2008 kepada semua penternak dan bakal-bakal penternak serta semua yang melayari laman blog ini.

Rantau Agro Farm telah merancang beberapa perkara yang perlu dicapai dan dilakukan pada tahun 2008 ini. Antara perancangan yang telah disusun ialah:
1. Memperbanyakkan kenalan dengan rakan-rakan ternak.
2. Membesarkan saiz kandang yang sedia ada.
3. Membuka ladang Napier yang baru.
4. Menjalinkan 'smart partnership' di kalangan penternak-penternak.

Diharap perancangan ini akan dapat dicapai pada tahun 2008 ini.