Selasa, 23 Oktober 2007

Melawat Kandang di Siliau, Negeri Sembilan

Pada 21/10/2007 (Ahad) yang lalu saya telah melawat kandang di Siliau, Negeri Sembilan. Dapat berjumpa dengan empunya projek, Encik Iskandar dan Encik Ayus. Menurut Encik Ayus, jumlah kambing melebihi 100 ekor.

Antara perkara yang dapat dibincangkan ialah bagaimana untuk menjimatkan kos pembelian Pallet (PKC) dan Goat Pallet. Kami ada terfikir untuk membeli Pallet di Serting memandangkan harganya yang lebih rendah berbanding dengan Pallet yang lain.

Tahniah dan Selamat Maju Jaya daripada Rantau Agro Farm.

2 ulasan:

FAN Agri berkata...

Bang,
Pallet Felda Biopalma di serting pun baru naik harga daripada RM27 ke RM33 baru-baru ini (Oktober)...Tu harga di kilang...
Harap bagitau jika dah kurang...

Rantau Agro Farm berkata...

Saya akan beritahu kalau dapat berita terbaru. Terima atas maklumat tersebut.