Jumaat, 7 Disember 2007

NFC sasar keluar 60,000 lembu setahun

PUTRAJAYA 6 Dis. – Syarikat penternakan, National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) menetap sasaran pengeluaran sehingga 60,000 ekor lembu setahun menerusi kemudahan pinjaman berjumlah RM250 juta daripada kerajaan Malaysia yang diperolehinya hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Shahinur Izran Mohamad Saleh berkata, kemudahan pinjaman tersebut adalah bagi tempoh 20 tahun dengan kadar faedah sebanyak dua peratus setahun.

“Dana daripada pinjaman ini akan digunakan untuk melaksanakan projek ternakan fasa pertama yang merangkumi penubuhan operasi ladang ternakan di kawasan seluas 2,000 hektar di Gemas, Negeri Sembilan.

“Ladang ini dijangka akan mula beroperasi pada Februari tahun depan dan hasil pertama daripada ladang itu akan diraih menjelang pertengahan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis memeterai Perjanjian Kemudahan Pinjaman antara syarikat tersebut dengan kerajaan Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir adalah Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Razak Mansor; Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Bahagian Polisi, Kementerian Kewangan, Datuk Ibrahim Mahaludin Puteh dan Setiausaha Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Bahagian Aktuari, Norzirah Bahari.

Mengulas lanjut mengenai prospek perniagaan NFC, Wan Shahinur Izran berkata, syarikat tersebut juga dijangka akan menjalankan model ladang ternakan kontrak dan satelit pada masa akan datang.

Sumber : Utusan Malaysia 7 Disember 2007

Tiada ulasan: