Khamis, 18 Oktober 2007

Harga Pallet Naik Lagi

Harga Pallet naik lagi setelah harga tersebut naik dalam beberapa bulan yang lalu. Pada ketika ini harga Pallet kambing beharga RM39 untuk 50Kg dan Pallet Lembu (PKC) beharga RM34 untuk 50Kg. Harga Pallet yang sentiasa naik membuatkan kami berasa bimbang dan untuk mengurangkan kebergantungan kepada Pallet ini kami terpaksa mencari alternatif lain.

Tanah dusun seluas 1/2 ekar terpaksa dikorbankan demi untuk dijadikan 'Dusun Rumput'. Lantas pada 17/10/2007 saya dan adik-beradik yang lain bersama-sama menebang pokok-pokok buah-buahan di dusun untuk ditanam rumput. Rasa dihati amat sayang untuk menebang pokok-pokok buah-buahan yang menjadi tarikan saban tahun. Akan tetapi disebabkan oleh keperluan untuk makanan ternakan lebih utama buat masa ini, kami tiada pilihan lain.

Pokok kelapa, langsat, duku, durian, cempedak, nangka, manggis tumbang satu-persatu. Kami tidak memerlukan masa yang lama untuk menumbangkan pokok-pokok tersebut dengan menggunakan Jentera pemotong pokok milik abang.

1 ulasan:

Projek Kambing FAD berkata...

Saya juga mempunyai masalah yang sama. Untuk waktu ini alternatif yang ada, kami mencuba dengan silaj jagung. Boleh beli di Jab Haiwan Melaka Tgh dengan harga 30 sen sekilo. Saya dengar ada sykt di Rembau yang jual batang jagung cincang.. (kami juga sedang mencari). Ada juga penternak guna hampas soya atau hampas sagu. Masalahnya kita tak tau nak dpt dimana.. Semoga kita dpt berkongsi maklumat utk kebaikan bersama. Kambingku.blogspot.com